Sunday 8 April 2012

zamzam@mum's heaven

sila hubungi untuk mendapatkan bekalan.
RM 130  / 10 Liter

KHASIAT AIR ZAM-ZAM

Selalunya apabila kita mengunjungi rakan atau saudara yang baru balik buat haji dari Mekah. Air zam-zam yang akan dihidangkan bersama buah-buahan seperti kurma, kismis, kacang cerdik dan lain-lain serta pemberian tasbih sebagai hadiah. Yang penting kita dapat merasakan keenakan air zam-zam dari Mekah. Namun, sebenarnya air yang satu ini punya khasiat yang tidak kita temui dalam air lainnya.

Sheikh Abdul Aziz bin Baz rahimahullah pernah ditanya,

 “Apakah ada hadith shahih yang menjelaskan mengenai khasiat air zam-zam?”

 Beliau menjawab,

 “Telah terdapat beberapa hadith shahih yang menjelaskan mengenai kemuliaan air zam-zam dan keberkatannya.

 Dalam sebuah hadith shahih, Nabi SAW menyebut air zam-zam,

 “Sesungguhnya air zam-zam adalah air yang diberkahi, air tersebut adalah makanan yang mengenyangkan.”

Ditambahkan dalam riwayat Abu Daud (Ath Thoyalisiy) dengan sanad jayyid (bagus) bahawa Nabi SAW mengatakan,

“Air zam-zam adalah ubat dari rasa sakit (ubat penyakit).”

 Hadith-hadith di atas menunjukkan khasiat air zam-zam. Air tersebut boleh menjadi makanan yang mengenyangkan dan boleh ula menjadi ubat penyakit. Air tersebut juga adalah air yang penuh keberkatan.

 Termasuk sunnah adalah meminum beberapa dari air tersebut sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi SAW kerana di dalam air tersebut terdapat keberkatan. Air tersebut boleh menjadi makanan yang baik dan makanan yang diberkati. Air tersebut disyari’atkan untuk dinikmati jika memang mudah didapatkan sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi SAW.

 Hadith-hadith tadi sekali lagi menunjukkan pada kita mengenai khasiat dan keberkatannya sebagaimana yang telah dijelaskan di atas. Air itu boleh menjadi makanan yang mengenyangkan dan ubat penyakit. Dianjurkan bagi setiap mukmin menikmati air tersebut jika memang mudah memperolehnya. Air tersebut juga boleh digunakan untuk berwudhu. Air tersebut boleh digunakan untuk beristinja’ (membersihkan kotoran setelah buang air). Air tersebut juga boleh digunakan untuk mandi junub jika memang ada keperluan untuk menggunakannya.

 Sejarah Wujudnya Air Zam-Zam

Yang nyata, air zam zam hanya ada di kota suci Makkah tidak di tempat lain. Begitupun, mungkin ramai yang kurang mengetahui status air zamzam dan faktor kenapa orang Islam begitu taksub dengan kehebatannya. Imam Ibnu Qayyim al-Jawziyah merumuskan bahawa air zamzam adalah yang terbaik, paling suci dan ia tidak akan kering sehingga hari kiamat. Diriwayatkan, ia dikorek oleh malaikat Jibrail untuk menghilang rasa dahaga Nabi Ismail ketika ibunya, Siti Hajar tujuh kali pusingan berlari-lari anak di antara dua bukit – Safa dan Marwah - demi mencari air di padang pasir yang panas bukan kepalang.

 Dan mungkin ramai yang tidak tahu betapa asal usul nama penghulu segala air itu ialah `Zome-Zome' bermakna berhentilah mengalir. Ketika menemui mata air dalam cuaca terik di padang pasir, Siti Hajar menutupnya dengan batu dan pasir kerana takut ia akan kekeringan. Tetapi Allah sudah berjanji betapa air zam-zam tidak akan kering sehingga kiamat. Bukan setakat itu, air zam-zam juga mempunyai terlalu banyak khasiat khususnya dari segi perubatan dan kesihatan.

Kelebihan Dan Khasiat Air Zam-Zam

 Pengarang kitab al-'Aqdus Sameen mendedahkan bahawa seorang hamba di Makkah yang bernama Ahmad Abdillah Asy-Syarifee meminum air zamzam dengan niat mahu menyembuhkan penyakit buta. Dengan izin Allah, hamba itu sembuh. Pengarang kitab itu turut menjelaskan bahawa gurunya, al-Fufti Abdul Rahman Abil Khair al-Fasi menceritakan Al-Imam an-Nawawi pernah berkata sesiapa yang mempunyai hajat akan tercapai keinginan selepas meminum air zamzam. Perkara yang serupa pernah dibangkitkan oleh Tahzibul Asma Wal-Lughat yang berkata:

 "Hal ini dicuba oleh ulama dan golongan soleh untuk mencapai segenap hajat sama ada dunia atau pun akhirat. Alhamdullilah, semuanya akan tercapai."

 Sahih Muslim pula pernah meriwayatkan betapa Nabi Muhammad berkata kepada Abu Dharr yang tinggal berhampiran Kaabah selama 40 hari 40 malam tanpa makanan kecuali air zamzam. Nabi Muhammad kemudian bertanya kepada Abu Dharr:

 "Siapakah yang memberi saudara makan?"

 Abu Dharr menjawab ringkas dengan menyatakan dia hanya meminum air zamzam.

"Saya tidak terasa penat atau lemah. Malah saya terasa gemuk dan bukannya kurus."



Ada juga asnad yang menerangkan betapa air zamzam adalah satu cara untuk menyembuhkan penyakit sebagaimana disentuh al-Bazaar dan al-Tabaraani dalam al-Sagheer. Abu Majah pula yang memetik Jaabir Abd Allaah pernah berkata bahawa Nabi Muhammad pernah bersabda:

 "Air zamzam adalah sesuai untuk diminum bagi semua tujuan dan niat."

 Al-Hakim pernah bercerita bahawa Abu Bakar Muhammad Jaafar menyebut kisah Ibnu Khuzaimah.

 Mengikut ceritanya, ada orang bertanyakan daripada manakah Ibnu Khuzaimah mendapat pengetahuan. Ibnu Khuzaimah menjawab ringkas kononnya air zamzam diminum mengikut apa yang diniatkan. Al-Jalal as-Suyuti turut menyebut pengalamannya meminum air zamzam sebelum bermusafir ke beberapa negara termasuk Yaman, India dan Maghribi. Ibnu Khuzaimah pernah berkata:

"Apabila mengerjakan haji, saya minum air zamzam untuk beberapa perkara antaranya supaya lebih pakar dalam bidang ilmu fekah sehingga boleh mencapai martabat seperti Asy-Syeikh Sirajuddin al-Bulqini."

 Dalam bidang hadis pula, saya mahu mencapat taraf seperti al Hafiz Ibnu Hajar. Paling menarik, air zamzam sentiasa dapat menampung keperluan mereka yang mengerjakan haji biarpun angka meningkat daripada sekitar 400,000 pada tahun 1970-an kepada tiga juta orang lewat era 1990-an sehingga sekarang. Berjuta lagi bertandang ke Makkah untuk menunaikan umrah khususnya pada bulan Ramadan. Sepanjang tempoh itu, ramai umat Islam minum air zamzam dan sebahagian besar membawa pulang air berkenaan ke tanah air masing-masing.

 Dua penulis, Mahmoud Isma'il Shil dan Abdur-Rahman Abdul-Wahid dalam tulisan mereka yang bertajuk “Perigi Zamzam’ bagaimanapun menyatakan betapa perigi zamzam mengalami proses pembaikan paling penting pada zaman Mamluk diketuai Sultan An-Nassir Faraj Ibn Barquq selepas berlakunya kebakaran di Kaabah pada 2. Perigi zamzam terus diperbaiki pada zaman Hakim Makkah iaitu Jamal Ad-Din Muhammad Ibn Abd Dhahirah. Ia terus diperbaiki pada era Sultan Qaitbai. Pada zaman kegemilangan empayar Utmaniah, perigi zamzam terus mengalami proses naik taraf khususnya pada era Sultan Salim II (982) dan Sultan Ahmad IV pada 1083. Ia turut dipulihkan pada era Sultan Abd Al-Hamid I pada 1187 serta 1203.

Adab Minum Air Zam-Zam

 Bagaimanapun, tidak ramai yang tahu bahawa air zam zam mempunyai beberapa adab dan peraturan sebelum diminum. Hal ini dinyatakan Abdullah Abi Mulaikah. Katanya: Seorang lelaki menemui Ibnu Abbas yang kemudian bertanya:

 "Tuan datang daripada mana?".

 Lelaki itu menjawab ringkas:

 "Saya baru lepas minum air zamzam."

 Saya bertanyakah perkara ini:

 "Adakah tuan minum mengikut dengan cara yang sepatutnya?."

 Lelaki itu tidak menjawab sebaliknya bertanya hal berkenaan kepada Ibnu Abbas yang berkata:

 “Apabila minum air zamzam hendaklah kita menghadap kiblat, sebutkan nama Allah dan bernafas di dalam bijana kemudian baru teguk lagi. Bacalah pujian terhadap Allah selepas tamat segala urusan."

Jelas sekali air zamzam mempunyai nilai kepentingan yang tiada tolok bandingan.

Wallahu'alam.




Air Zam-Zam : Kelebihan dan Adab Meminumnya

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda :

Ertinya: Air Zamzam itu diminum mengikut apa yang diniatkan atau dikehendaki." (Diriwayatkan dari Jabir, lbnu Abbas, lbnu Umar dan Muawiyah)

Ahli-ahli ilmu telah meluaskan huraian mereka mengenai dengan hadis di atas. Al-Munawa Rahimahullah Ta'ala telah berkata: "Air Zam zam ialah penghulu segala air, paling mulia, paling berharga dan paling disukai. Allah Ta'ala telah memberi minum dan menolong putera kekasihnya, Nabi Ismail bin Nabi Ibrahim Alaihissalam dengan air Zamzam. Maka begitulah pertolongan yang seperti itu juga boleh diperolehi oleh orang-orang yang selepas baginda, iaitu bagi sesiapa sahaja yang meminumnya dengan niat ikhlas, termasuk juga kita. Ramai para ulama telah meminumnya kerana sesuatu hajat, dan mereka itu berhasil memperolehinya."

Disebut oleh pengarang kitab 'al-'Aqdus Sameen, 'bahawa Ahmad bin Abdillah Asy-Syarifee, seorang khadam di Tanah Haram Mekah telah meminum air Zamzam dengan niat dan tujuan untuk berubat daripada buta. Lalu (dengan izin Allah) beliau itu sembuh. Menurut pengarang kitab ini lagi, bahawa kejadian ini dikhabarkan sendiri olch gurunya, al-Fufti Abdul Rahman bin Abil Khair alFasi.

Berkata al-lmam an-Nawawi Rahimahullah sebagai mengulas hadis di atas: "Maknanya, barangsiapa yang mnum kerana sesuatu hajat, nescaya memperolehi hajatnya itu, Hal ini, telah dicuba oleh para ulama dan orang-orang saleh bagi segala hajat mereka, sama ada hajat akhirat mahupun hajat dunia, dan Alhamdulillah, semuanya telah memperolehinya." (Lihat Tahzibul Asma Wal~Lughat 3/139).

Al- 'Allamah lbnul Qayyim al-Jauziah Rahimahullah pula berkata: "Saya dan juga orang-orang lain sudahpun mencuba berubat dengan air Zamzam. Saya telah berubat dengannya dalam banyak penyakit, dan sembuh dengan izin Allah. Demikian juga saya sudah menyaksikan orang yang menggantikan makanan biasa dengan air Zamzam hampir setengah bulan atau lebih , tetapi tidak merasa lapar. Bahkan dia juga tawaf bersama orang ramai, mampu menggauli isterinya dan berpuasa."

Menambah lagi al-'Allamah: "Telah berlaku kepada diri saya sewaktu di Mekah, saya jatuh sakit, dan pada masa itu benar-benar ketiadaan ubat dan doktor. Maka saya pun berubat sendiri dengan al-Fatihah. Saya ambil air Zamzam, dan saya bacakan di atasnya berulang kali, kemudian saya minum, lalu saya mendapati kesembuhan yang sempurna. Semenjak itu saya melakukannya atas banyak penyakit dan semuanya memberi sebesar-besar manfaat." (Lihat Zadul Ma'ad 4/718)

Berkata pula AI-Hakim: "Bahawa Abu Bakar Muhammad bin Jaafar telah bercerita tentang diri lbnu Khuzaimah(lbnu Khuzaimah ialah seorang ilmuan besar), katanya: "Saya telah mendengar orang bertanya kepada lbnu Khuzaimah: "Dari manakah tuan memperolehi ilmu? " Menjawab lbnu Khuzaimah: "(Bukankah) Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallain pernah bersabda: " Air Zamzam itu diminum mengikut apa yang diniatkan? "" (Lihat Sairul A'Iam anNubala14/370).

AI-Jalal as-Suyuti juga turut menceritakan tentang dirinya, katanya: "Dengan memuji Allah Ta'ala, saya sudah musafir ke negeri-negeri Syam, Hijaz, Yaman, India dan Maghribi. Apabila saya menunaikan haji, saya telah minum air Zamzam bagi beberapa perkara yang berikut, antaranya:

Agar saya sampai (mahir) dalam ilmu fiqeh sehingga mencapai mertabat Asy-Syeikh Sirajuddin al-Bulqini.
    • Dalam ilmu hadis sehingga saya mencapai mertabat al-Hafiz lbnu Hajar.
Adapun semua ini saya sebutkan demi mengingati nikmat Allah Ta'ala ke atas diri saya, bukannya untuk bermegah-megah. Kerana apalah yang ada untuk dimegahkan didunia ini, sedang saat kembali semakin dekat dan ubanpun mulai subur." (Lihat Husnul Muhadharah 1/215 dan 2/296).

Jika diperhatikan dengan sehalus-halusnya keterangan di atas, maka nyatalah yang amat mustahak itu ialah niat dan keimanan yang seikhlas-ikhlasnya untuk mengiringi perbuatan minum itu. Tidak memadai setakat minum semata-mata tanpa niat dan tanpa yakin terhadap iradat dan kudrat Allah yang menunaikan hajat kita. Kerana itu minum yang kosong daripada niat dan keyakinan mungkin sahaja tidak mendatangkan hasil, sesuai dengan maksud dan tujuan hadis yang disebutkan di atas.

ADAB MEMINUMNYA

Terdapat beberapa adab atau peraturan bagaimana meminum air Zamzam itu, antaranya:

Daripada Abdullah bin Abi Mulaikah, katanya: Seorang laki-laki telah datang menemui lbnu Abbas. Lalu bertanya lbnu Abbas: "Tuan datang dari mana?" Lelaki itu menjawab: "Saya baru lepas minum air Zamzam".Tanya lbnu Abbas lagi: "Adakah tuan minum itu mengikut cara yang sepatutnya'?" Lelaki itu tidak menjawab, sebaliknya bertanya pula kepada lbnu Abbas: "Bagaimanakah carariya wahai lbnu Abbas?" Maka lbnu Abbas pun menjelaskan: "Apabila minum air Zamzam hendaklah menghadap kiblat, sebutkan nama Allah (baca Bismillah) dan bernafas di luar bijana ,kemudian baru teguk lagi,dan (sesudah selesai minum) ucapkan pujian kepada Allah (baca Alhamdulillah). Sesungguhnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ada bersabda: "Perbezaan diantara kita dan orang ramai (kaum munafik) ialah bahawa mereka itu tidak suka meneguk (minum) air zamzam." (Hadis riwayat Addara Qutni dan lbnu Majah).

Daripada 'Ikramah meriwayatkan, bahawa adalah lbnu Abbas Radhiallahu Anhuma apabila minum air Zamzam beliau berdoa (ertinya) : "Ya Allah ya Tuhanku! Aku bermohon kepadaMu supaya dikurniakan ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang luas dan kesembuhan daripada segala penyakit." (Diriwayatkan oleh ad-Dara Qutni dan lbnu Majah).

Menurut riwayat, lbnu Abbas adalah terkenal seorang sababat yang sangat mendalam ilmunya, luas rezekinya dan tidak pernah sakit kecuali penyakit tua.

Syeikh Jamaludin Muhammad Jarullah bin Muhammad Nuruddin dalam kitabnya 'al-Jamiul Latif fi Fadhli Makkah' dalam bab Adab minum air Zamzam berkata:

"Berkata seorang ulama Rahimahullah, sesiapa yang hendak meminum air Zamzam, eloklah dia mengambil bekas yang berisi air Zamzam dengan mengadap kiblat, kemudian berkata: Ya Allah, sesungguhnya telah sampai kepadaku daripada nabiMu Sallallahu 'Alaihi Wasallam, bahawa baginda bersabda:

Maka Ya Allah, aku meminum air Zamzam ini untuk............. (sebutkan apa yang dikehendaki). Selepas itu diminum seteguk,kemudian bernafas diluar bijana itu, Dan begitulah dilakukan sebanyak tiga kali. Setiap kali meneguknya dibaca Basmalah dan setiap kali selesai dibaca Hamdalah.

Beginilah cara meminum air Zamzam yang diriwayatkan daripada lbnu Abbas dan doa yang di atas dibaca ketika meminumnya.

Dipetik dari buku Menjadi Tetamu Allah ( Haji Akbar )

__._,_.___

Saturday 4 February 2012

Kelebihan & Keburukan Vit. C

Kulit cantik dengan suntikan vitamin c.

Bila sebut wanita, bagaikan irama dan lagu, tidak dapat dipisahkan dengan kecantikan. Tidak ada wanita di dunia ini yang tidak mahu kelihatan cantik. Malah, kebanyakan wanita sanggup melakukan apa saja demi memperoleh kecantikan yang diimpikan.

Biasa dengar tentang suntikan vitamin C ? Kami percaya, ramai yang sudah maklum tentangnya atau telah pun mencubanya sendiri.

Tidak kurang juga yang telah menjadikannya satu kemestian demi kecantikan mereka.
Disebabkan oleh keasyikan ini jugalah, sudah banyak pusat rawatan kecantikan yang mengambil peluang menawarkan perkhidmatan suntikan seumpamanya.

Kalau tanya pendapat kami , memang tidak salah kalau ingin cantik. Tepuk dada, tanya selera. Persoalannya, mengapa teknik suntikan vitamin C lebih menjadi pilihan berbanding menelan pil vitamin itu sahaja?

Ini kerana, apabila suntikan dilakukan, vitamin akan menyerap ke bahagian sistem badan yang memerlukannya. Berbeza dengan pengambilan pil kerana ada kebarangkalian, vitamin itu tidak sampai kepada sistem tubuh yang memerlukannya. Sebaliknya, ia disingkirkan ke bahagian lain yang tidak berkenaan.

Seorang doktor yang menyediakan perkhidmatan seumpama ini memberitahu, sebanyak 95 peratus suntikan vitamin C akan menyerap masuk ke dalam darah berbanding pengambilan pil (lima peratus). Ini kerana, apabila pil vitamin C itu masuk ke dalam sistem tubuh, ia bercampur dengan bahan-bahan makanan lain di dalam perut sebelum mengambil masa lapan jam untuk diserapkan.
Keperluan penjagaan teliti pada kulit menyebabkan indidvidu mengambil suntikan vitamin C, dua minggu sekali. Jika berasa lemah-lemah badan, batuk dan selesema, individu juga akan segera mendapatkannya.

Suka juga kami menasihatkan agar anda semua berhati-hati apabila melakukan suntikan ini. Dikhuatiri beberapa faktor tertentu seperti bukan ori, tarikh luputnya yang sudah tamat tempoh atau bahan-bahannya yang tidak bersesuaian dengan badan, akan memberikan kesan sampingan yang negatif.

Sememangnya, vitamin C telah dipercayai sejak turun-temurun dalam melawan sel kanser, batuk, hipertensi (darah tinggi), asma, sinus (resdung) di samping mampu menegang, mencantik serta menggebukan kulit.

Namun, sekiranya diambil secara berlebihan, ia boleh mengakibatkan masalah pada buah pinggang. Bagi mereka yang menghidapi masalah gastrik pula, tidak disarankan mengambil vitamin C kerana ia mengandungi sejenis asid yang dinamakan askorbic.

Pesanan kami , jangan biarkan perut anda kosong sebelum melakukan suntikan vitamin C. Bagi mana-mana perokok yang berminat untuk mengambil suntikan ini, lupakan sahaja kerana nikotin yang terkandung di dalam rokok bukan sahaja akan memusnahkan vitamin baru tetapi juga yang sedia berada di dalam badan.

Kesimpulannya, tidak salah mengambil suntikan vitamin C untuk kesihatan. Jangan sampai berlebihan sudahlah. Namun, suntikan semata-mata belum menjamin kecantikan sebagaimana yang diimpikan. Amalan hidup yang sihat, corak pemakanan yang teratur seperti banyak mengambil sayur-sayuran dan ulam-ulaman tidak kurang pentingnya.

Bersenam, jangan lupa.

Anda boleh mendapatkan butiran lanjut mengenai suntikan vitamin C di

Fakta dan Manfaat Vit. C

Fakta Tentang Vitamin C
  • Vitamin C – antioksidan untuk kesihatan dan kecantikan kulit
  • Suntikan Vitamin C telah digunakan sejak tahun 40'an bertujuan menyembuhkan penyakit kulit.
  • Proses penuaan adalah disebabkan oleh radikal bebas dan faktor usia, akibat dari tindak balas radikal bebas tersebut menjadikan kulit kita rosak,kusam,berkedut-kedut serta muncul pigment-pigment hitam pada kulit.
  • Fungsi Vitamin C adalah sebagai bahan antioksidan untuk melawan radikal bebas di dalam badan kita. Vitamin C juga meningkatkan daya ketahanan dalam tubuh kita serta mempercepatkan proses pemyembuhan sekali gus meningkatkan jaringan kult menjadikan kult awet muda.
  • Vitamin C dengan fungsi antioksidannya berperanan meremajakan kulit, mencegah penuaan akibat serangan radikal bebas serta menghalang sinaran matahari yang boleh menimbulkan gangguan kulit. Proses terakhirnya menjadikan kulit lebih sihat, cantik, bersih, bersinar dan cerah.
  • Vitamin C adalah sebatian organik yang diperlukan di dalam tubuh setiap hari, Vitamin C dapat menguatkan keupayaan tubuh kita menyembuhkan penyakit.
  • Kekurangan Vitamin C menyebabkan collagen yang lemah dah tidak sihat,    menyebabkan pemulihan kulit yang lambat. Kekurangan yang berpanjangan akan menyebabkan Skurvi - badan kita memerlukan Vitamin C yang cukup untuk kekal sihat dan cantik.
  • Tubuh kita tidak boleh menghasilkan atau membina Vitamin C dengan sendirinya.
  • Vitamin C adalah sebatian yang larut air, apabila berlebihan dengan mudah dikeluarkan daripada tubuh.
  • Vitamin C mudah musnah di bawah haba, sinaran ultra ungu, aditif makanan, bahan kimia pertanian dan mudah dioksidakan jika terdedah pada udara. Kebanyakan Vitamin C di dalam makanan kita sudah musnah sebelum makanan dimakan disebabkan dimasak terlalu lama, disimpan terlalu lama juga terdedah pada udara.
Manafaat Vitamin C
  • Membantu mengurangkan kadar kolestrol dalam darah.
  • Menghalang Skurvi@penyakit yg disebabkan kekurangan Vitamin C dalam makanan, ditandai oleh gusi bengkak dan berdarah, pendarahan di bawah kulit, dll)
  • Mempertingkatkan sistem pertahanan badan.
  • Memguatkan dinding salur darah.
  • Menolong pembentukan tisu gentian.
  • Membantu pembentukan kartilej, tulang dan gigi yang sihat.
  • Mengurangkan kedut pada kulit
  • Membaiki parut pada kulit.
  • Mencegah penurunan payudara dan buttock
  • Menjadikan kulit lebih cerah
  • Menghilangkan jerawat dan pigmentasi.
  • Menjaga kesihatan otot dan mencantikkan/menghaluskan kulit.
  • Membantu penghasilan kolagen di mana Kolagen dapat meningkatkan keanjalan dan keremajaan kulit.
  • Melambatkan proses penuaan dan menghaluskan pori-pori pada kulit.

Saturday 3 December 2011

I'st Impression

Depan Kedai

Ruang Tamu


Kaunter Konsultasi

Bilik Facial & Sauna
Facial Bed
Katil Urut Tradisional / Aromaterapi
Infrared Sauna & Tub Mandian

Beauty & Health care